Thursday, April 18, 2013

[Untuk Pelajar Kolej/Universiti]: Panduan Membuat Cover Page

Tentu ramai pelajar di luar sana ada di antaranya yang masih tidak peka atau tidak tahu cara yang sesuai untuk membuat cover page atau muka hadapan untuk assignment, kertas projek dan sebagainya, bukan? Terutamanya pelajar freshy (freshie atau junior) di IPTA/IPTS/Kolej.

Cover page adalah first impression oleh lecturer/pensyarah untuk ketahui kreativiti pelajar di dalam membuat tugasan. Ingat yer, FIRST IMPRESSION. Setelah dilihat dengan menyeluruh di cover page tersebut kebiasaannya barulah para pensyarah akan melihat isi kandungan yang terdapat di dalam tugasan tesebut. Assignment merupakan "hadiah" kepada pensyarah setelah tugasan tersebut telah disiap dengan baik dan teliti seperti diarahkan. Maka, cover page dan isi kandungan adalah penting.

Di dalam setiap penilaian, borang skor/score form/evaluation form akan diisi. Kebiasaannya cover page akan diberi markah dan berada di senarai paling atas.

Dengan berbekalkan pengalaman mengajar selama 5 semester di IPTA, berikut adalah panduan dan contoh template yang sesuai untuk cover page.

Gambar:

Link: Contoh Cover Page
 Antara panduan-panduannya:

1. Semua font mesti huruf besar/capital letter.
2. Susunan nama pelajar haruslah mengikut alphabetical order.
3. Nama pensyarah haruslah PENUH dan letak pangkat contohnya; Prof. Dr/Puan/Cik/Encik.
4. Font yang sesuai adalah ARIAL, VERDANA dan TIMES NEW ROMAN.
5. Saiz font adalah 16-18.
6. Alignment adalah center/tengah.
7. Semak semula perkataan sebelum dicetak.

Semoga berjaya dan selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment