Wednesday, April 10, 2013

Teknik urus wang menggunakan SOLUSI 60%


Baru-baru ini saya ada membaca buku Nota Jutawan, Nota Kewangan yang ditulis oleh Jutawan Internet Terkenal Malaysia siapa lagi kalau bukan Irfan Khairi. Kalaulah daripada awal saya tahu kewujudan buku ini, maka saya boleh aplikasikan dan bijak untuk mengatur teknik menguruskan wang pendapatan dengan lebih MUDAH dan BAIK!

Nota 52 yang terkandung di dalam buku tersebut adalah SOLUSI 60%! Sangat mudah sebenarnya untuk diaplikasikan dan saya agak kesal kerana lambat tahu! But, better late than never kan? Kandungannya adalah:
SOLUSI 60% adalah pelan mudah untuk membahagikan pendapatan bulanan kita. Dengan mengikuti pelan mudah ini, ia pasti akan dapat memperbaiki simpanan dan kekayaan kita.

60% daripada pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bil, makan, minum dan sebagainya.

10% daripada pendapatan adalah untuk simpanan jangka masa panjang.

 10% daripada pendapatan adalah untuk simpanan jangka masa pendek

10% daripada pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen.

 10% daripada pendapatan adalah untuk hiburan/perbelanjaan am.
Saya ambil contoh pendapatan saya RM2,300.00 sebulan.

Setelah ditolak EPF sebanyak 11%, maka gaji bersih saya adalah RM2047.00

Maka, 60% daripada RM2047.00 adalah RM1228.20.

Benar, hasil ini adalah lebih kurang sama dengan apa yang saya telah luangkan.

10% daripada RM2047.00 adalah RM204.70.

Apabila dibahagikan dengan 4 bagi setiap satu keperluan, RM818.80 jadinya.

Benar, RM200 pada setiap bulan telah dimasukkan di dalam akaun simpanan ASB, bank komersil, insurans dan bagi kepada ibubapa!

Pada pendapat saya, SOLUSI 60% boleh diaplikasikan di dalam setiap hasil pendapatan kita. Cuma, jumlah pendapatan setiap orang adalah berbeza-beza. Segalanya terpulang di tangan anda!

MUDAHKAN? SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment