Thursday, April 18, 2013

[Untuk Pelajar Kolej/Universiti]: Panduan Membuat Cover Page

Tentu ramai pelajar di luar sana ada di antaranya yang masih tidak peka atau tidak tahu cara yang sesuai untuk membuat cover page atau muka hadapan untuk assignment, kertas projek dan sebagainya, bukan? Terutamanya pelajar freshy (freshie atau junior) di IPTA/IPTS/Kolej.

Cover page adalah first impression oleh lecturer/pensyarah untuk ketahui kreativiti pelajar di dalam membuat tugasan. Ingat yer, FIRST IMPRESSION. Setelah dilihat dengan menyeluruh di cover page tersebut kebiasaannya barulah para pensyarah akan melihat isi kandungan yang terdapat di dalam tugasan tesebut. Assignment merupakan "hadiah" kepada pensyarah setelah tugasan tersebut telah disiap dengan baik dan teliti seperti diarahkan. Maka, cover page dan isi kandungan adalah penting.

Di dalam setiap penilaian, borang skor/score form/evaluation form akan diisi. Kebiasaannya cover page akan diberi markah dan berada di senarai paling atas.

Dengan berbekalkan pengalaman mengajar selama 5 semester di IPTA, berikut adalah panduan dan contoh template yang sesuai untuk cover page.

Gambar:

Link: Contoh Cover Page
 Antara panduan-panduannya:

1. Semua font mesti huruf besar/capital letter.
2. Susunan nama pelajar haruslah mengikut alphabetical order.
3. Nama pensyarah haruslah PENUH dan letak pangkat contohnya; Prof. Dr/Puan/Cik/Encik.
4. Font yang sesuai adalah ARIAL, VERDANA dan TIMES NEW ROMAN.
5. Saiz font adalah 16-18.
6. Alignment adalah center/tengah.
7. Semak semula perkataan sebelum dicetak.

Semoga berjaya dan selamat mencuba!

Friday, April 12, 2013

Buku Hafizah Nabawiyyah - Amalan Rasulullah saw Sebagai Pendinding Diri

Buku berjudul Hafizah Nabawiyyah merupakan pemberian ibuku beberapa hari yang lepas. Terdapat pelbagai bacaan doa dan zikir yang boleh diamalkan selepas setiap solat fardhu lima waktu, khususnya selepas solat Subuh dan Maghrib.

Yang menariknya, saiz dan font yang digunakan sangat terang dan jelas. Saiz buku ini juga adalah fix-into-the-pocket. Kecil dan boleh dibawa kemana-mana. Untuk wanita, sesuai diletakkan di dalam beg.

Antara doa-doanya di dalam buku ini adalah Ayat Kursi dan Tiga Qul dimana ia sangat mujarab untuk diamalkan. Terdapat juga maksud setiap doa dan hikmah disebalik doa-doa tersebut.

Semoga setiap amalan doa-doa tersebut dapat menjadikan diri ini lebih dekat kepada Allah swt dan pendinding diri. Amin :)

Thursday, April 11, 2013

Petua Mudah Untuk Hamil

Mempunyai seorang zuriat/cahayamata adalah impian setiap pasangan yang baru berkahwin. Petua-petua mudah yang akan dikongsikan ini adalah ringkas dan telah dikongsikan secara menyeluruh di alam maya. Pada pendapat saya, petua tersebut boleh diaplikasilan sebelum beberapa bulan lagi untuk berkahwin (khasnya untuk wanita) kerana ia dapat mengawal hormon dalaman dan kesuburan.

Elakkan unfuk memakan:

1. fastfood (McD, KFC, Maggi dan seumpamanya kerana bahan-bahan digunakan kurang diyakini segar)
2. jeruk (makanan yang berasaskan cuka, terlalu masam dan disimpan lama lagi menambahkan kandungan vitamin yang kurang seimbang di dalam badan)
3. kopi dan teh (kopi mengandungi kafein dan teh sifatnya sejuk, kurang sesuai untuk mendapatkan rahim yang subur)
4. minuman gas (kandungan gula dan karbonat boleh mengakibatkan sakit perut)
5. burger dan nugget (ia bukan tergolong dalam makanan yang segar dan asli kerana telah dicampur dengan pelbagai perisa)
6. jambu batu
7. timun dan kangkung

Memang sukar untuk elak makanan seperti di atas, walaubagaimanapun sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semoga ada hasilnya nanti.

P/s: Doa untuk memperolehi zuriat akan dikongsi di topik seterusnya.


Wednesday, April 10, 2013

Password WiFi Perpustakaan Negara Malaysia



Jika dahulu waktu zaman muda, walaupun kewujudan perkhidmatan WiFi tiada lagi, ramai orang berpusu-pusu ke PNM (Perpustakaan Negara Malaysia) sebab di sana ada pelbagai education learning, mini studio yang ada video, buku-buku menarik dan macam-macam lagi.

Sekarang, bukan begitu. Remaja dan pelajar sekolah ke sana mesti mencari signage WI-FI meskipun study in group! Apa password dia, eh? Yer, itu soalan popular.

Baiklah, baru-baru ini saya ada pergi ke PNM dan seorang pegawai telah memberikan Panduan Pengguna kepada saya. Maka, saya ambil inisiatif tersebut untuk melihat apa benefit paling menarik? Lihat! Ada usernama dan password WiFi. Nak tak?

Nama Pengguna/User Name: public
Kata laluan/Password: public

Mudah kan? Alangkah seronoknya jika semua fasiliti di dalam negara menggunakan kaedah username dan password begini atau mudah diteka. Hehe. Terima kasih PNM!

 

Teknik urus wang menggunakan SOLUSI 60%


Baru-baru ini saya ada membaca buku Nota Jutawan, Nota Kewangan yang ditulis oleh Jutawan Internet Terkenal Malaysia siapa lagi kalau bukan Irfan Khairi. Kalaulah daripada awal saya tahu kewujudan buku ini, maka saya boleh aplikasikan dan bijak untuk mengatur teknik menguruskan wang pendapatan dengan lebih MUDAH dan BAIK!

Nota 52 yang terkandung di dalam buku tersebut adalah SOLUSI 60%! Sangat mudah sebenarnya untuk diaplikasikan dan saya agak kesal kerana lambat tahu! But, better late than never kan? Kandungannya adalah:
SOLUSI 60% adalah pelan mudah untuk membahagikan pendapatan bulanan kita. Dengan mengikuti pelan mudah ini, ia pasti akan dapat memperbaiki simpanan dan kekayaan kita.

60% daripada pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bil, makan, minum dan sebagainya.

10% daripada pendapatan adalah untuk simpanan jangka masa panjang.

 10% daripada pendapatan adalah untuk simpanan jangka masa pendek

10% daripada pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen.

 10% daripada pendapatan adalah untuk hiburan/perbelanjaan am.
Saya ambil contoh pendapatan saya RM2,300.00 sebulan.

Setelah ditolak EPF sebanyak 11%, maka gaji bersih saya adalah RM2047.00

Maka, 60% daripada RM2047.00 adalah RM1228.20.

Benar, hasil ini adalah lebih kurang sama dengan apa yang saya telah luangkan.

10% daripada RM2047.00 adalah RM204.70.

Apabila dibahagikan dengan 4 bagi setiap satu keperluan, RM818.80 jadinya.

Benar, RM200 pada setiap bulan telah dimasukkan di dalam akaun simpanan ASB, bank komersil, insurans dan bagi kepada ibubapa!

Pada pendapat saya, SOLUSI 60% boleh diaplikasikan di dalam setiap hasil pendapatan kita. Cuma, jumlah pendapatan setiap orang adalah berbeza-beza. Segalanya terpulang di tangan anda!

MUDAHKAN? SELAMAT MENCUBA!