Thursday, April 11, 2013

Petua Mudah Untuk Hamil

Mempunyai seorang zuriat/cahayamata adalah impian setiap pasangan yang baru berkahwin. Petua-petua mudah yang akan dikongsikan ini adalah ringkas dan telah dikongsikan secara menyeluruh di alam maya. Pada pendapat saya, petua tersebut boleh diaplikasilan sebelum beberapa bulan lagi untuk berkahwin (khasnya untuk wanita) kerana ia dapat mengawal hormon dalaman dan kesuburan.

Elakkan unfuk memakan:

1. fastfood (McD, KFC, Maggi dan seumpamanya kerana bahan-bahan digunakan kurang diyakini segar)
2. jeruk (makanan yang berasaskan cuka, terlalu masam dan disimpan lama lagi menambahkan kandungan vitamin yang kurang seimbang di dalam badan)
3. kopi dan teh (kopi mengandungi kafein dan teh sifatnya sejuk, kurang sesuai untuk mendapatkan rahim yang subur)
4. minuman gas (kandungan gula dan karbonat boleh mengakibatkan sakit perut)
5. burger dan nugget (ia bukan tergolong dalam makanan yang segar dan asli kerana telah dicampur dengan pelbagai perisa)
6. jambu batu
7. timun dan kangkung

Memang sukar untuk elak makanan seperti di atas, walaubagaimanapun sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semoga ada hasilnya nanti.

P/s: Doa untuk memperolehi zuriat akan dikongsi di topik seterusnya.


No comments:

Post a Comment