Friday, April 12, 2013

Buku Hafizah Nabawiyyah - Amalan Rasulullah saw Sebagai Pendinding Diri

Buku berjudul Hafizah Nabawiyyah merupakan pemberian ibuku beberapa hari yang lepas. Terdapat pelbagai bacaan doa dan zikir yang boleh diamalkan selepas setiap solat fardhu lima waktu, khususnya selepas solat Subuh dan Maghrib.

Yang menariknya, saiz dan font yang digunakan sangat terang dan jelas. Saiz buku ini juga adalah fix-into-the-pocket. Kecil dan boleh dibawa kemana-mana. Untuk wanita, sesuai diletakkan di dalam beg.

Antara doa-doanya di dalam buku ini adalah Ayat Kursi dan Tiga Qul dimana ia sangat mujarab untuk diamalkan. Terdapat juga maksud setiap doa dan hikmah disebalik doa-doa tersebut.

Semoga setiap amalan doa-doa tersebut dapat menjadikan diri ini lebih dekat kepada Allah swt dan pendinding diri. Amin :)

No comments:

Post a Comment